Islam itu hebat, dan tidak mampu memikulnya melainkan orang-orang yang hebat. Maka jadilah kamu orang yang hebat itu! -As-Syahid Muhannad Tahir-
Thursday, August 22, 2013
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Wednesday, July 31, 2013
Bangsaku Hebat!
Credit to Zakwan Yahya
SEMINAR ASAL USUL MELAYU
Pn. Zaharah Sulaiman
Penulis dan Pengkaji Sejarah,
Persatuan Arkeologi Malaysia
Asal bangsa Melayu adalah bangsa Jakun.
Bahasa Sanskrit berasal dari Aryan. Kita yang terlebih dahulu menggunakan bahasa sanskrit sebelum India.
Bangsa Melayu mempunyai kemahiran yg tinggi dalam teknologi pembuatan kapal kerana banjir besar sangat kerap berlaku. Ini menjadikan Melayu sebagai pedagang laut yg sangat hebat.
Kelebihan ini membolehkan mereka belayar ke dataran lain yg lebih selamat (kurang banjir) dan mengembang biak di dataran baru tersebut. Contohnya di Madagascar, orang Melayu adalah peneroka pertama di sana dan masih ada keturunan melayu di situ dan boleh bercakap Melayu. Cuma sudah campur dgn bahasa Perancis.
Bila portugis menyerang tanah melayu, saiz kapal-kapal Portugis sangat kecil berbanding kapal-kapal kerajaan Melayu yg besar. Tapi kerajaan Melayu kalah sbb kapal-kapal Melayu adalah kapal-kapal dagang yg besar tetapi tidak dilengkapi dengan meriam seperti kapal Portugis. Bila Portugis menang, mereka baw kapal-kapal besar kita ke negara mereka utk dikaji teknologi pembuatan kapal tersebut.
Begitu juga dengan kepakaran berniaga, berdagang dan melombong timah, emas dan besi. Itu semua adalah kepakaran bangsa Melayu. Tapi selepas dijajah, penjajah terutamaya British, menghalang org Melayu dari melakukan aktiviti tersebut. British tidak benarkan, org Melayu belajar tinggi-tinggu dan hanya kepada bercucuk tanam kecil-kecilan.
Sebenarnya, kepakaran ini boleh diwarisi melalui DNA kepada generasi seterusnya. Tetapi disebabkan penjajahan yg terlalu lama, selepas lebih 500 tahun dijajah dalam keadaan dihalang dari menggunakan kepakaran tersebut, akhirnya encoded gene berkaitan kepakaran-kepakaran tersebut telah hilang dan menghasilkan code gene yg kurang bijak, tidak tahu berniaga dan melombong dan berdagang.
Kepupusan bangsa Melayu di Malaysia:
Empty land di Penang telah dibeli oleh rakyat Singapura
Sekarang penduduk Melayu di Penang telah berkurang dari 80,000 kepada hanya 5000 dan mgkin kurang. Itupun sebab ramai pelajar yg duduk di USM.
Sultan Kedah telah ditipu oleh British yg berjanji utk menyewa Penang hanya utk kegunaan tapak ketenteraan dan berjanji melindungi Kedah dari serangan Thailand. Tetapi British belot. British akhirnya tidak membayar sewa tersebut bahkan bekerjasama dgn Thai utk serang Kedah.
British menutup semua pintu masuk Kedah menyebabkan negeri-negeri Melayu lain tidak dapat menghantar bantuan ketika Kedah diserang. Penutupan ini juga menyebabkan pelarian-pelarian dari Kedah terpaksa keluar dari Tanah Melayu ke sebarang laut, sebab mereka tidak boleh menyelamatkan diri ke negeri-negeri Melayu yang lain.
Semasa British dtg ke Asean, waktu tu sedang Perang Salib. Dia dtg dan mendapati hampir kesemua negara di nusantara telah memeluk islam. British ingin buang perkara ni dgn memajmukkan bangsa dgn membawa Cina dan India ke Tanah Melayu.
British beri kepada bangsa Cina tanah dan projek-projek mewah. Lombong timah, emas, perniagaan, tanam tanaman komersial spt getah dll. Tapi org Melayu hanya dapat sedikit sahaja tanah dan itupun hanya dibenarkan tanam padi, tak boleh untuk buat perniagaan.
Org British kata kalau nak bagi merdeka kepada Malaysia, kena ada syarat :
- beri kerakyatan kepada pendatang.
- beri tanah antara 3 ekar atau 300 ekar seorang kepada pendatang.
Bangsa India sendiri dapat tanah lagi banyak tanah dr org Melayu (bangsa Melayu hanya dapat 1 ekar seorang).
Tanah org Melayu hanya boleh tanam padi. Tapi org India dan Cina boleh buat perniagaan, tanam getah dan buat lombong emas dan timah.
Sampai sekarang org Melayu tiada tanah tetapi org Cina dan India kata mereka tidak dapat apa-apa.
Kepakaran melombong emas dan timah adalah bangsa Melayu tetapi British bawa org Cina ramai-ramai utk bekerja di lombong-lombong orang Melayu.
Di lombong Lukut, Port Dickson, pekerja-pekerja lombong dibunuh oleh bangsa Cina dan dibakar semua perkampungan. Mereka merampas dari org Melayu.
Begitu juga Ngah Ibrahim dgn benda yg sama.
Org Cina bila minta tanah dari Residen British, mereka beri imbuhan dan mengampu. Mereka dapat tanah lagi banyak berbanding Melayu.
Cina begitu ramai membunuh org Melayu di Singapura. lee Kuan Yuew minta dari Tunku Abdul Rahman (TAR) yang pada waktu tu menghidap kayap. Jadi TAR yg tengah sakit luluskan tanpa fikir panjang.
Di Singapura di pintu muzium, gambar org Melayu dilakar sbg perompak, pelanun dan pengganas. Tapi tiada sebarang bantahan atau komen.
Kerajaan Malaysia ada memberi pinjaman matching grant. Jumlah pinjaman adalah sama banyak jumlah simpanan dlm bank. Contohnya, simpanan bank ada RM 5 k, jadi kita boleh pinjam RM 5 k. Pinjaman maksimum adalah RM 150k.
Sebenarnya pinjaman ni adalah hanya utk org Melayu, tetapi malangnya semasa zaman Pak Lah, dia bukak kepada bangsa lain.
Skrg ni org Melayu yg dapat pinjaman tu hanyalah 28%. Org Cina dapat banyak dari pinjaman ni sebab dapat sokongan dari ahli parlimen MCA dan DAP (mereka bersatu tolong Cina).
Semasa DAP dapat parlimen di Perak (tak ingat kawasan mana), semasa PRU 2008, pada hari kedua selepas angkat sumpah, mereka meluluskan 40,000 permohonan tanah oleh bangsa Cina.
Kita terus dijajah dan ditindas secara senyap di bumi sendiri
Sunday, July 21, 2013
Masak lemak dengan kelapa belakang rumah...
Kalau kita perhatikan mak-mak kita atau orang-orang tua di kampung begitulah. Kalau masak nak dapatkan hasil terbaik dengan bahan asas yang terbaik, segar dan menjimatkan. Antaranya kelapa. Kalau saya dah tentu beli je santan dah siap dari kedai. Senang. Tetapi hasilnya tentulah berbeza.. Kat kampung nak masak lemak bermula dengan kait buah kelapa sampai nak juling biji mata pandang atas. Nak balance lagi galah yang panjang bukan main tu. Selepas tu, kupas sabut sampai lenguh-lenguh tangan, belah dua nak kena kasi cantik terbelah supaya senang nak mesin. Tak habis lagi, mesin pulak dengan parut elektrik yang agar mengerikan tu. Akhirnya barulah boleh perah untuk mendapatkan santannya... Kalau nak dapat santan yang betul-betul pekat kena la guna blender pulak... Fuhhhh.... (nasib baik dah diajar dari kecil. tapi bila dah lama tak buat, boleh tahan penat tuu)
Begitulah juga perubahan memerlukan proses tarbiyah yang panjang. Nakkan hasil terbaik, prosesnya bukan mudah...Dah itu je lah kesimpulan yang nak dibuat. Lain-lain sendiri mau ingat. Renung-renungkan dan selamat beramal (cewahhh..)
Tuesday, May 7, 2013
Nasi bungkus bahagi dua
Teringat saya ketika masih di alam universiti. Dengan duit pinjaman yg ada untuk perbelanjaan harian ditambah pula keperluan dakwah ketika itu, kami terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.
Suatu hari saya dan seorang rakan berpakat utk berkongsi sebungkus makanan tgh hari setiap hari. Bajet sebungkus rm3. Tapi disebabkan jadual kelas yg berbeza seorang akan makan separuh terlebih dahulu dan ditinggalkan separuh utk yg kemudian. Mengingat kembali nikmat yg diperoleh sekarang terasa amat bersyukur.
Sungguh banyak kenangan yg sukar tapi manis di ingatan. Ketika kami beramai2 menjadi 'asing' kerana menyewa rumah di luar universiti hanya utk menyediakan sebuah rumah utk program dakwah, terpaksa beramai-ramai transit du sebuah bilik rakan di dalam. Sesak jadi biliknya namun seronok dan bahagia. Cuma kadang2 tu salah la jugak bila buat ruangan menjadi bersepah.
Satu saat terpaksa tidur di bilik tv dan di'tangkap' oleh mak guard. Kerana tiada transport utk pulang kerumah dan bilik 'tumpangan' dan berkunci kerana sudah lewat mlm dan mereka tidak dpt dihubungi. Akhirnya berjaga dari jam 4 pagi sehingga subuh.
Mengenang kembali saat tu, pasti terasa nak menitis air mata... Banyak lagi kenangan jerih perit yg x mampu diceritakan disini. InsyaAllah lain kali...
Monday, February 18, 2013
Sendiri-sendiri....
Jiwa hambar, hati kekeringan, hidup sulit dan sukar, resah, gelisah, payah. Aduh.. apa sudah jadi dengan diriku? Padahal aku ikut usrah. Aku hadiri program.. Aku mendengar tazkirah... Aku membaca buku-buku ilmiah... Mengapa seperti itu?
Ya Allah, bantulah hambaMu dalam merasakan nikmatnya taat kepadaMu. Keluarkan diriku dari rasa jauh dariMu. Tunjukkan padaku apa yang harus ku lakukan. Ya Allahhhh......
Pernah menghadapi situasi seperti di atas? Ibadah tidak terasa kenikmatan, ukhuwah terasa kehilangan. Hidup dirundung kesedihan, kegelisahan dan kesempitan. Kadang manusia lupa dan sering bergantung harap kepada orang lain dalam menjaga imannya, dalam memerhatikan ibadahnya. Sering menyalahkan orang lain memberi pelabagai alasan. Naqib usrah yang tidak memberi taujih, sahabat yang yang tidak memberi nasihat, kesibukan dunia yang melelahkan, kekurangan kewangan dan sebagainya.
Sedarlah wahai saudaraku sekalian. Di padang masyar kelak hisab itu bersifat individual. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya sekalipun ia menuduh orang lain menjadi penyebab kesesatan dan penyimpangannya. Tiada alasan yang akan diterima Allah atas kelalaian dan kecuaian kita.
"Dan setiap mereka datang kepada Allah pada Hari Kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam 19: 95)
"orang cerdas (berakal) ialah orang yang menghisab dirinya dan berbuat untuk setelah kematian. Dan orang lemah ialah orang yang mengikutkan dirinya kepada hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah"
(HR At-Tarmidzi)
Friday, February 8, 2013
Tetap berbaik sangka
Surat itu datang di tengah berkecamuknya perang Yarmuk di masa zaman khalifah Umar B AlKhattab RA. Surat itu ditujukan kepada panglima perang, Khalid B Al Walid, isi kandungannya ialah pemecatan atau pemberhentian beliau sebagai panglima perang.
Khalid menunda pengumuman isi surat itu. Bukan disebabkan tidak bersedia berundur dan kecewa, tetapi untuk menjaga semangat pasukannya. Agar mereka tidak bertanya-tanya dan merasa kecewa.
Apabila waktu yang sesuai tiba beliau pun mengumumkan isi kandungan surat tersebut. Apabila ditanya oleh pasukannya adakah beliau merasa kecewa. Jawapan beliau ialah, “Aku berperang bukan kerana Umar. Aku berperang kerana Allah SWT”. Sungguh sempurna ucapan Khalid yang diikuti bersedia untuk terus berperang sebagai perajurit biasa. Ucapan dan sikap Khalid ketika menjawab semua pertanyaan dan mengembalikan konsentrasi pasukannya untuk meneruskan perjuangan.
Siapa tidak kenal Khalid B AlWalid? Seorang sahabat yang mendapat gelaran ‘Saifullah’ (Pedang Allah) dari Rasulullah SAW. Pedangnya tajam menghunus ketika bertempur. Boleh dikatakan semua pertempuran yang diketuai oleh Khalid berakhir dengan kemenangan yang sempurna. Lantas apa alasan yang mendorong khalifah Umar memberhentikannya?
Pembaca sekelian, walaupun Khalid hanya enam bulan bersama Rasulullah SAW dalam Islam tetapi hatinya telah diterangi dengan cahaya iman. Di saat apabila ditanya berkenaan pemecatan atau pemberhentian beliau sebagai panglima, Khalid hanya menjawab dengan tenang dan tidak buruk sangka. Khalid juga tidak pernah bertanya kepada khalifah di atas pemecatannya. Padahal beliau ada hak untuk bertanya.
Sikap husnu dzan (baik sangka) telah mengalahkan rasa kemarahannya. Husnu dzan tumbuh dari hati yang dekat dengan Allah SWT. Dan hati yang basah dengan ayat-ayat Allah akan semakin subur dengan pupukan zikrullah.” Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah akan membuat hati menjadi tenang”
Hati yang demikian membuahkan sikap husnu dzan, salamatus sadr (lapang dada), tidak mudah resah, rendah hati dan berfikir positif. Tidak berfikir oleh Khalid untuk menggugat keputusan khalifah.
Maka husnu dzan itu mendapatkan jawapan dari khalifah Umar. Umar berkata kepada Khalid “ Sesungguhnya tiada siapa pun yang meragui kemampuan kamu ketika di medan perang. Engkau adalah panglima yang hebat. Aku bimbang masyarakat akan mengagungkan kamu berlebih-lebihan. Sangkaan baik Khalid tidak meleset walaupun sedikit. Dan sungguh mulia alasan khalifah, iaitu agar Khalid tidak diagungkan oleh masyarakat. Hanya Allah SWT dan Rasul SAW yang diagungkan.
Pembaca sekelian, banyak peranan khususnya di dalam organisasi yang menempatkan kita pada posisi yang strategik Ada ketika kita berada di posisi puncak. Namun, sanggupkah kita tetap berbaik sangka kepada Allah dan sesama kita apabila posisi kita berubah menjadi biasa sahaja? Hanya orang yang berjiwa besar dan berhati bersih yang akan berhusnu dzan dalam situasi seperti ini.
Sumber : kopi dan pasta~
Friday, January 25, 2013
Salim maula Abu Huzaifah - pakar Al-Quran
Pada suatu hari, Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabatnya, “Belajarlah Al Qur'an daripada empat orang: Abdullah bin Mas'ud, Salim Maula Abu Hudzaifah, Ubai bin Ka'b dan Muadz bin Jabal."
Kita sudah berkenalan dengan Abdullah bin Mas'ud, Ubai dan Muadz.
Jadi, siapakah pula sahabat yang keempat yang dijadikan Rasulullah sebagai rujukan untuk mengajarkan AI Qur'an?
Dialah Salim Maula (hamba yang dibebaskan oleh) Abu Hudzaifah.
Dahulunya, beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli,
lalu Islam mengangkat martabatnya,
sehingga beliau dijadikan anak angkat oleh seorang tokoh Islam terkemuka,
yang sebelum masuk Islam juga seorang bangsawan dan pemuka Quraisy.
Selepas Islam menghapuskan budaya anak angkat ketika itu,
beliau menjadi saudara dan kawan rapat kepada orang yang memerdekakannya,
yaitu sahabat mulia Abu Hudzaifah bin Utbah.
Berkat kurnia dan nikmat daripada Allah ta'ala, ruhiyah, tingkahlaku dan ketakwaan Salim mencapai ke puncaknya, sehinggakan beliau disegani dan dihormati oleh rakan-rakannya sesama muslim.
Sahabat Rasul yang mulia ini biasanya dipanggil "Salim Maula Abu Hudzaifah"
kerana dahulunya beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli,
kemudiannya dimerdekakan.
Beliau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sejak awal lagi,
sehingga digolongkan dalam kalangan as-Sabiqun al-Awwalun
(orang-orang yang mula-mula memeluk Islam).
Hudzaifah bin Utbah sendiri juga telah masuk Islam sejak awal.
Beliau tidak peduli dengan ayahnya (Utbah bin Rabi'ah) yang sedang marah dan kecewa kerana anaknya (Hudzaifah) telah masuk Islam.
Padahal, Hudzaifah memiliki kewibawaan tinggi dalam kalangan orang Quraisy dan bahkan,
dirinya telah dipersiapkan untuk menjadi pemimpin Quraisy.
Setelah memerdekakan Salim, Abu Hudzaifah menjadikannya sebagai anak angkat.
Disebabkan inilah, Salim dikenali sebagai Salim bin Abu Hudzaifah.
Selepas itu, kedua-dua mereka beribadah kepada Allah dengan penuh khusyu dan ketaatan.
Setiap siksaan dan tipu daya Quraisy,
mereka hadapi dengan penuh kesabaran.
Pada suatu hari, turunlah ayat yang menghapuskan budaya anak angkat yang berlaku pada waktu itu. Setiap anak angkat mestilah disebut sesuai dengan nama ayah kandungnya,
bukan ayah angkatnya.
Zaid yang pada waktu itu merupakan anak angkat Nabi saw. dan juga dikenali dalam kalangan kaum muslimin sebagai Zaid bin Muhammad saw., menggunakan nama ayah kandungnya semula iaitu Haritsah, lalu namanya menjadi Zaid bin Haritsah.
Akan tetapi, ayah Salim tidak dapat diketahui sehinggakan beliau akhirnya dinasabkan dengan orang yang telah memerdekakannya,
maka beliau dipanggil Salim Maula Abu Hudzaifah.
Boleh jadi, ketika Islam menghapuskan budaya anak angkat,
Islam ingin menegaskan kepada umatnya,
"Janganlah kamu mencari-cari hubungan kekeluargaan dan silaturahim untuk menguatkan persaudaraan yang lebih besar dan lebih kuat berbanding Islam itu sendiri dan juga akidah yang menjadikan kalian bersaudara."
Hal ini telah difahami dengan baik oleh kaum muslimin generasi as Sabiqun al Awwalun.
Setelah Allah dan Rasul-Nya,
tidak ada yang lebih mereka cintai melainkan saudara seakidah dengan mereka.
Kita telah melihat bagaimana orang-orang Ansar menyambut saudara-saudara mereka,
kaum Muhajirin.
Mereka membahagikan harta dan tempat tinggal mereka kepada dua bahagian,
bahkan ada yang memberi semua yang mereka miliki.
Inilah yang terjadi antara Abu Hudzaifah,
seorang bangsawan Quraisy terhadap Salim yang dahulunya hamba belian yang tidak diketahui siapa ayahnya itu.
Sehingga akhir hayat mereka,
hubungan kedua-dua mereka ini lebih erat dan bukan sekadar sebagai dua orang adik-beradik, sehinggakan ketika meninggal dunia,
mereka mati bersama-sama,
nyawa melayang bersama dan tubuh mereka terbaring berdampingan.
Inilah kemuliaan Islam yang tiada dua.
Bahkan, ini baru satu daripada sekian banyak kemuliaan dan keistimemewaan Islam.
Keimanan Salim sudah mencapai ke puncaknya.
Beliau telah menempuh jalan menuju Allah dengan soleh dan ketakwaan.
Oleh itu, salasilah keturunan dan kedudukannya di masyarakat sudah tidak menjadi masalah lagi, kerana ketakwaan dan keikhlasannya telah mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi di tengah-tengah masyarakat yang baru dibangunkan oleh Islam dengan tapak dan asas baru yang adil lagi mulia.
Asas itu diceritakan dalam firman Allah berikut.
"Sesungguhnya, yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa"(al Hujurat, 49:13)
Juga dikhabarkan dalam hadis berikut.
"Tidak ada keutamaan bagi seorang Arab terhadap yang bukan Arab,
kecuali kerana ketakwaannya,
dan tidak ada keutamaan bagi seorang kulit putih terhadap seorang kulit hitam kecuali kerana ketakwaannya."
Dalam masyarakat baru yang bersih itu,
Abu Hudzaifah pasti disanjung-sanjung sekiranya menjadi wali bagi seseorang yang dahulunya menjadi hamba belian.
Bahkan, keluarganya juga akan disanjung jika menikahkan Salim dengan keponakannya yang bernama Fatimah binti Walid bin Utbah.
Di tengah-tengah masyarakat baru dan bersih yang menghancurkan sistem kasta yang
menganiaya dan diskriminasi yang tidak adil inilah,
Salim selalu berada di barisan hadapan disebabkan kejujuran,
keimanan dan jasa baiknya.
Benar,
dialah yang menjadi imam solat jemaah bagi kaum Muhajirin selama mereka bersolat di Masjid Quba'.
Beliau menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mempelajari Al Qur'an,
sehinggakan Rasulullah menyuruh kaum muslimin belajar daripadanya.
Beliau juga memiliki banyak kebaikan dan kelebihan sehingga Rasulullah pernah bersabda kepadanya, "Segala puji bagi Allah yang menjadikan dalam umatku, orang sepertimu."
Bahkan sahabat-sahabatnya ketika itu menggelarkannya sebagai Salim "orang yang soleh".
Riwayat hidup Salim seperti riwayat hidup Bilal dan puluhan hamba belian serta fakir miskin lain yang dibebaskan oleh Islam dari belenggu perhambaan dan kelemahan,
lalu Islam menjadikan mereka pemimpin dalam masyarakat madani.
Pada diri Salim, terkumpul seluruh keutamaan dan kelebihan yang diajarkan oleh Islam.
Bahkan boleh dikatakan,
semua keutamaan itu berdesakan memenuhi diri dan sekitarnya.
Dan kesungguhan imannyalah yang menjaganya dengan baik.
Antara kelebihannya yang paling menonjol ialah beliau berani menyatakan
secara jelas apa yang dianggapnya benar.
Beliau tidak mahu diam jika menurutnya, pada waktu itu beliau harus berbicara.
Beliau tidak mahu mengkhianati kehidupan dengan berdiam diri terhadap suatu
kesalahan yang dapat menguburkan kehidupan itu.
Selepas peristiwa pembukaan kota Mekah,
Rasulullah menghantar beberapa buah pasukan kecil ke kampung-kampung dan
suku-suku Arab di sekeliling Mekah, dan memberitahukan kepada penduduknya
bahawa Rasulullah saw. menghantar utusan tersebut untuk berdakwah dan bukan untuk berperang.
Khalid bin Walid terpilih sebagai ketua salah sebuah pasukan tersebut.
Ketika Khalid sampai di tempat yang dituju,
terjadilah suatu peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa menggunakan senjata lalu membunuh. Ketika berita peristiwa ini sampai kepada Nabi saw.,
baginda tidak henti-henti memohon keampunan daripada Allah.
Baginda berkata,
"Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada perbuatan yang dilakukan oleh Khalid."
Bahkan, peristiwa ini selalu diingati oleh Saidina Umar dan mempengaruhi sikap dan
pandangannya terhadap Khalid.
Beliau berkata, "Sesungguhnya, pedang Khalid itu terlalu tergesa-gesa."
Dalam pasukan kecil yang diketuai oleh Khalid itulah terdapat Salim Maula Abu Hudzaifah dan sahabat yang lain.
Ketika beliau melihat tindakan Khalid tersebur,
Salim menegurnya habis-habisan dan memberitahukan kesalahannya sedangkan Khalid,
yang merupakan seorang komandan dan juga pahlawan hebat pada zaman Jahiliah dan selepas Islam, kadang-kadang diam sambil mendengar,
kadang-kadang membela hujahnya dan kadang-kadang berbicara dengan suara lantang.
Namun, Salim tetap berpegang pada pendiriannya dan mengemukakannya
tanpa rasa takut atau basa-basi.
Pada waktu itu, Salim tidak memandang Khalid sebagai pemuka bangsawan dan
memandang dirinya sebagai hamba belian.
Tidak! Hal ini kerana Islam telah menyamakan kedudukan mereka.
Beliau juga tidak memandangnya sebagai komandan yang bebas untuk berbuat apa-apa kesalahan, tetapi sebagai rakan seperjuangan.
Teguran yang beliau tujukan kepada Khalid bukan kerana maksud tertentu atau dengan tujuan tertentu, tetapi sebagai nasihat yang dijunjung tinggi oleh Islam,
dan dijadikan oleh Nabi saw. sebagai sendi agama.
Baginda pernah bersabda,
"Agama itu nasihat.
Agama itu nasihat.
Agama itu nasihat."
Ketika Rasulullah saw. mendengar tindakan Khalid itu,
beliau bertanya, ''Adakah sesiapa yang tidak bersetuju dengannya?"
Alangkah indah dan hebatnya pertanyaan ini.
Kemarahan Rasulullah pun mereda ketika para sahabat menjawab,
"Ada. Salim Maula Abu Hudzaifah."
Salim menjalani kehidupannya bersama Rasulullah dan kaum muslimin.
To be continued...
Thursday, January 24, 2013
Paksa diri
Hari ni aku terpaksa memaksa sikit diri untuk menulis artikel. Alhamdulillah siap walaupun ambil masa 5-6 jam. Teruk kan. Ye la, writing is not my passion. But then kalau nak memahirkan diri mmg kena paksa sikit.
InsyaAllah dah ada platform blogger kt phone ni senang sikit nak sapu sawang kt blog ni. Doakan...
Saturday, January 5, 2013
Kemudian taubat lagi, aduhhh..
Bila melakukan kesalahan mula merasakan keinsafan, lalu bertaubat untuk memohon keampunan. Syaitan laknatullah tak akan senang dan membiarkan penyesalan itu sentiasa berterusan. Nafsu memberontak dan syaitan memcucuk-cucuk jarum 'berbisa'nya agar kembalilah anak adam itu ke kancah kemaksiatan.
Maka kerana itu keazaman kuat perlu ada dalam diri kita. Biar perubahan yang sedikit namun dilatih menjadi tabiat dan budaya dalam hidup. Begitu juga dalam mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Biasakan diri dengan kebaikan2 kecil dan kemudian tingkatkan diri dari masa ke semasa. Jangan memaksa diri untuk sebuah perubahan yang besar khuatir kelak akan memakan diri. Ibarat kalau melompat terus ke tangga ke tiga, jatuhnya lebih terasa dari tangga pertama.
Ingatlah bahawa Allah tidak akan melihat hasil semata-mata namun usaha yang kita lakukan. Kalau tidak, masakan seorang hamba Allah yang telah membunuh 100 orang namun ketika baru hendak bertaubat dan berubah sudah tiba ajalnya diangkat Allah menjadi ahli syurga.
Ya! Semoga tahun baru memberi semangat dan kezaman kuat untuk kita lakukan perubahan diri, seterusnya islah keluarga dan masyarakat