Saturday, January 5, 2013

Kemudian taubat lagi, aduhhh..

Sifat manusia seperti itulah. Sesungguhnya bukan mudah untuk melakukan taubat yang sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha. Namun beruntungnya umat Islam Allah tidak akan pernah jemu mendengar taubat hambaNya sehinggalah hamba tersebut yang jemu untuk memohon keampunan.

Bila melakukan kesalahan mula merasakan keinsafan, lalu bertaubat untuk memohon keampunan. Syaitan laknatullah tak akan senang dan membiarkan penyesalan itu sentiasa berterusan. Nafsu memberontak dan syaitan memcucuk-cucuk jarum 'berbisa'nya agar kembalilah anak adam itu ke kancah kemaksiatan.

Maka kerana itu keazaman kuat perlu ada dalam diri kita. Biar perubahan yang sedikit namun dilatih menjadi tabiat dan budaya dalam hidup. Begitu juga dalam mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Biasakan diri dengan kebaikan2 kecil dan kemudian tingkatkan diri dari masa ke semasa. Jangan memaksa diri untuk sebuah perubahan yang besar khuatir kelak akan memakan diri. Ibarat kalau melompat terus ke tangga ke tiga, jatuhnya lebih terasa dari tangga pertama.



Ingatlah bahawa Allah tidak akan melihat hasil semata-mata namun usaha yang kita lakukan. Kalau tidak, masakan seorang hamba Allah yang telah membunuh 100 orang namun ketika baru hendak bertaubat dan berubah sudah tiba ajalnya diangkat Allah menjadi ahli syurga.

Ya! Semoga tahun baru memberi semangat dan kezaman kuat untuk kita lakukan perubahan diri, seterusnya islah keluarga dan masyarakat

No comments:

Post a Comment