Hari ni saya diarahkan untuk mesin kelapa yang baru sahaja dipetik dari pohon kelapa belakang rumah je. Dah siap kupas dan belah tibalah proses untuk mengisarnya menjadi kelapa parut. Nak buat masak lemak ketam, pengat keladi dan pajeri terung.. yum..yum.. surp.... (bunyi telan air liur)
Kalau kita perhatikan mak-mak kita atau orang-orang tua di kampung begitulah. Kalau masak nak dapatkan hasil terbaik dengan bahan asas yang terbaik, segar dan menjimatkan. Antaranya kelapa. Kalau saya dah tentu beli je santan dah siap dari kedai. Senang. Tetapi hasilnya tentulah berbeza.. Kat kampung nak masak lemak bermula dengan kait buah kelapa sampai nak juling biji mata pandang atas. Nak balance lagi galah yang panjang bukan main tu. Selepas tu, kupas sabut sampai lenguh-lenguh tangan, belah dua nak kena kasi cantik terbelah supaya senang nak mesin. Tak habis lagi, mesin pulak dengan parut elektrik yang agar mengerikan tu. Akhirnya barulah boleh perah untuk mendapatkan santannya... Kalau nak dapat santan yang betul-betul pekat kena la guna blender pulak... Fuhhhh.... (nasib baik dah diajar dari kecil. tapi bila dah lama tak buat, boleh tahan penat tuu)
Begitulah juga perubahan memerlukan proses tarbiyah yang panjang. Nakkan hasil terbaik, prosesnya bukan mudah...Dah itu je lah kesimpulan yang nak dibuat. Lain-lain sendiri mau ingat. Renung-renungkan dan selamat beramal (cewahhh..)
No comments:
Post a Comment