Bolehkah aku menjadi pemimpin? Bolehkah aku berubah...Sebelum ini telah lama aku renung dan fikirkan. Mengapa sukarnya untuk buat perubahan. Tatkala datang amanah ini, baru kusedar mungkin hikmah di sebalik ini adalah amanah ini sebagai satu push factor untuk aku terus meningkatkan diri dengan lebih gigih.
InsyaAllah dalam diri ini pasti ada potensi yang luarbiasa yang belum meledak. Sesungguhnya pastilah aku anugerah terhebat dari Allah dalam gayaku yang tersendiri
Teringat kepada bagaimana sikap Umar Abdul Aziz setelah menjabat jabatan sebagai khalifah ketika itu. Umar Abdul Aziz yang sebelumnya terkenal dengan pakaian indah, wangian, mewah terus mengubah cara hidup beliau menjadi zuhud dengan drastik dan mengambil apa yang secukupnya sahaja.
Namun, tidak lupa untuk mengikhlaskan niat perubahan ini hanyalah untuk menggapai redha Ilahi bukan untuk diliha toleh manusia. Besar cabaran itu...Akan ku perbanyakkan doa meraih keikhlasan, kefahaman, ketajaman fikiran, kesungguhan dan kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab ini.
Ingatlah amanah adalah suatu yang berat sehinggakan ketika ditawarkan kepada gunung-ganang untuk memikul amanah sebagai khalifah, hancur luluh gunung tersebut. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia.
Dan apabila dilantik menjadi pemimpin maka akan bertambahlah soalan peperiksaan di akhirat kelak yang harus dijawab.
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini lemah, pinjamkanlah kekuatanMu kepadaku. HambaMu ini hina, muliakanlah aku dengan kemuliaan agamaMu. Aku sering lalai dan alpa, ingatkanlah diriku akan kesalahanku. Jadikan aku hamba yang sering bertaubat kepadaMu. Bantulah aku untuk memikul amanah ini ya Allah... Amin
No comments:
Post a Comment