Subahanallah! Hanya itu yang mampu aku ucapkan setelah melihat sebuah filem bertajuk 'Sang Pemimpi'. Filem ini di adaptasi daripada sebuah novel berjudul sama tulisan Andrea Hirata.
'Kalau tak punya mimpi dan harapan, orang-orang seperti kita ini akan mati...' kata Arai sebuah watak dalam kisah ini kepada Ikal.
Cerita ini mengajak kita untuk bermimpi iaitu mempunyai cita-cita dan harapan yang besar dalam hidup. Tiada yang mustahil sekiranya dengan kerja keras dan gigih.
Arai berusaha membuktikannya dalam salah sebuah episode kisah ini. Ianya sangat menarik! Rakan Arai iaitu Jebron terlalu obses dengan kuda. Dia juga selalu bermimpi dapat bertemu dengan seekor kuda yang ketika itu kuda merupakan haiwan yang jarang ditemui oleh orang-orang kebanyakan. Arai sanggup bekerja keras untuk menambah pendapatannya dan pada suatu hari dia membawa pulang seekor kuda untuk ditunggangi Jebron. Sungguh menakjubkan! Dia sanggup untuk berhempas pulas mencari wang dan dihabiskan begitu sahaja dengan mneyewa kuda tersebut seharian. Demi membuktikan bahawa tak salah bermimpi dan tak mustahil untuk mencapainya.
Banyak lagi elemen dan pengajaran yang sangat menarik di dalam kisah ini. Setiap jalan ceritanya membawa pembaca hanyut dan membangkitkan motivasi untuk bercita-cita besar. Sungguh tak rugi membacanya. Penuh inspirasi walaupun diselitkan dengan jenaka yang ringan.
Ya, pengajarannya teruslah bermimpi dan usahalah untuk mencapai mimpi tersebut. Sebuah kejayaan bermula dengan sebuah mimpi.
No comments:
Post a Comment