Sebuah lagi amanah kuterima. Tiada kata terungkap, tiada riak pada wajah, hatiku kosong. Tak mampu untuk aku huraikan perasaanku ketika ini. Namun setelah itu hanya ungkapan 'ana sami'na wa atha'na' yang mampu ku ucapkan.
Aku tahu terpilihnya aku kerana tiada lagi aktivis lain yang memenuhi syarat teknikal seperti bujang dan mudah bergerak. Bukan dipilih berdasarakan watak yang sesuai dengan tugas tersebut.
Apakah ini adalah sebuah anugerah atau sebuah ujian buat diriku.Di kala diri ini cuba untuk memperbaiki banyak kelemahan diri, datang sebuah tugasan besar yang hanya harus dipikul oleh orang-orang yang hebat imannya, hebat fikirannya. Aku bagaimana?
Ya Allah, mudah-mudahan ini yang terbaik buat diriku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui hikmah dari setiap kejadian. Semoga lebih menguatkan diriku untuk mujahadah memperbaiki diri seiring dengan menjalankan tanggungjawab yang diberi. Amin....
Ya, hidup mesti optimis!
No comments:
Post a Comment