Tuesday, April 12, 2011

Lahirnya Seorang Pejuang Agama..



بُوْرِكَ فِي الْمَوْهُوْبِ، شَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
(buurikalaka fil mawhub wasyakartal waahib wabalagho asyuddahu warozaqta birrohu )

"Semoga kamu diberkahi atas anak yang dikaruniakan dan semoga kamu senantiasa mensyukuri Allah yang telah mengaruniakannya.semoga anak itu mencapai dewasa dan kamu mendapatkan bakti darinya"

Sekeping doa ku kirimkan buat saudariku tercinta atas kelahiran anak sulungnya (perempuan). Didiklah ia menjadi seorang pejuang agama. 

Dengar citer plan nak bersalin kat kelantan tapi tak sempat. Awal dua minngu jadi orang Selangor la jawabnya. Itulah sape suruh umminya makan durian. Baby tak tahan panas nak kuar cepat. hihihi..Anyway, tahniah diucapkan

Hebat Diriku, Hebatlah Dirimu! Siapakah Aku?



Aku adalah teman sejatimu.
Aku adalah penolongmu yang paling hebat, juga adalah bebanmu yang paling berat.
Aku akan mendorongmu maju atau menyeretmu kedalam kegagalan.
Aku sepenuhnya tunduk pada perintahmu
Sembilan per sepuluh hal yang kamu lakukan boleh kamu serahkan kepadaku dan aku akan dapat melakukannya dengan cepat dan tepat.
Aku mudah diatur, tunjukkanlah kepadaku bagaimana kamu inginkan sesuatu dikerjakan dan setelah beberapa kali aku akan melakukannya dengan sendiri
Aku adalah hamba semua orang hebat dan sayangnya juga hamba semua orang pecundang.
Aku bukan mesin, walaupun aku bekerja dengan mesin ditambah kepandaian manusia.
Kamu mampu menjalankan aku demi meraih keuntungan atau malah hancur, tiada bezanya bagiku.
Ambillah aku, latihlah aku, bersikaplah tegas kepadaku, maka aku akan menempatkan dunia dibawah kakimu.
Bersikap longgarlah terhadapku maka aku akan menghancurkanmu.

Siapakah aku?                               


Aku adalah “KEBIASAAN”.


Kebiasaan yang baik harus dipegang erat dengan komitmen yang tinggi. Steven Cophey pernah berkata 'At first we make HABITS at last HABITS make us'. Jangan jadikan kebiasaan buruk membentuk diri anda!

Sunday, April 10, 2011

Berani Berimpian!



Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. Wink

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“  Cheesy

Saturday, April 9, 2011

Belajar Dari Sang Helang



Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga h...ampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.


Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.

Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!

Sahabat, Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!

Subhanallah! Begitulah Allah menciptakan alam ini dan seluruh isinya agar kita memperoleh pelajaran.

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali-Imran: 191)

Thursday, April 7, 2011

Perubahan : Jahiliyah to Islamiyah~

Baru nak setup blog untuk bisnes. Ingat nak jual handbag. Tapi memeningkan diri untuk dapatkan template yang cantik dan sesuai. Orang kata first impression tu penting. So, tak kesahlah terpaksa berhempas pulas berjaga malam mencari template free yang cantik dan sesuai.

Dah jumpa! Tapi sayang tak islamik la plak gambarnyer. Tapi template yang sangat2 sesuai... huhu.. Ni la gambar untuk header template tu... sungguh sesuai tapi tak sesuai.. peningnya ayat. Sebenarnya sesuai je, tapi tak melambangkan fikrahku yang islamik nih..cehh..


Puas sudah mencari dan terus mencari namu takku temui. Ceh, macam cari barang atau jodoh plak. Sehinggalah pada suatu hari ni, ada sorang kawan yang tengah dok study untuk final exam ni bagi idea. 'Apa kata kak zid ganti je gambar orang tu dengan gambar lain'. Aku ni plak dengan ke'buta'an IT yang teramat lalu bertanya 'Bolehkah??' 'Try ler dulu'. Nak cari gambar yang cun plak satu masalah. Hmmm..  

Lastly, alhamdulillah dengan nikmat akal yang telah dianugerhakan Allah ni, terlahirlah sebuah idea yang luar biasa (aku rasa la, tak tau la orang lain). 'Apa kata kita tukar je minah tu jadi orang yang pakai tudung' kata kawanku tadi. Dia plak memang pakar bab2 edit mengedit gambar guna photoshop. 

Jeng..jeng..jeng... Inilah hasilnya.


Amacam kawan?? Cun tak? HEBAT dan LUARBIASA! Okay, sekarang dah bersedia untuk mencubanya sebagai header blog secara rasminya. Gurau aku pada kawan tadi, 'Nih kalau tak guna header ni, mesti bengang kan?'. Terima kasih sahabatku kerna sudi buangkan luangkan sikit masa untuk tolong walaupun nak exam...terharunya.. Moga bermanfaat. Gud lak for your exam k.

p/s: sedikit pengajaran daripada cerita ni. Sebenarnya setiap manusia mampu untuk berubah menjadi yang lebih baik. Tergantung pada kesungguhan masing-masing. Jangan jadikan alasan tak sampai seru untuk bertaubat. Takut nanti 'seru' ajal datang dulu. nauzubillahi min zalik

Wednesday, April 6, 2011

Di Pagi Yang Mamai~


Di tengah kemamaian subuh hari, ada suara yang berkata. 'Kak zid, pagi ni akak bagi tazkirah'. 'Hah!' terkejut beruk aku, walaupun tak pernah tengok beruk terkejut pun. Sebenarnya tak patut terkejut pun sebab sepatutnya semalam lagi dah bagi tapi terlupa ..huhuhu..

Hmmm...apa lagi kelam kabut la carik laptop dan memproses otak dengan kelajuan melebihi had laju untuk mencari idea tajuk apa yang nak disampaikan. Nasib baik kat rumah ada wireless, boleh tanya kat 'ustaz' google.  Alamak! p1 telah ditutup. huh..nak kena on semula dan amik masa la plak tuk access tenet. Nasib baik diorang2 tengah baca mathurat ada masa sket lagi... Fuhh...nasib baik sempat...

Hari ni bagi tazkirah secara adhoc pada ahli rumah sewa tercinta.. Tajuk diberi dah lama dah. Akidah... tapi tak tahu nak perincikan tentang subtopik apa.. bila pikir2 balik, baik bagi apa yang terkena batang hidung sendiri.. Qanaah.. Merasa cukup atau puas dengan apa yang dimiliki atau rezeki yang diberi oleh Allah swt.

Selalu je kalau tengok orang yang lebih baik rasa cemburu yang amat. Kenapa lah aku tak jadi macam tu.. kenapalah aku tak ade macam tu. Rasa iri sebenarnya akan menyesakkan dada dan menimbulkan penyakit hati. Lainlah kalau cemburu yang positif, diiringin dengan usaha untuk menjadi lebih baik.

Bila di fikirkan banyak kali, mungkin keterbatasan selama ni akibat kurangnya rasa qanaah lalu sedikit amat bersyukur dengan rezeki Allah. Teringat pesan murabbi dulu. Selalu dia sebut sampai aku pun terhafal lak ayat ni. "Lain syakartum laazii dannakum, walain kafartum inna 'azaabi la syadid". Maksud dia "Barangsiapa bersyukur maka Allah tambah nikmat baginya dan barangsiapa kufur, maka azab Allah sangat pedih". Subhanallah. Sesungguhnya janji Allah tu memang benar tapi sejauh mana keyakinan pada janji tersebut.

Tepuk dada tanyalah iman... tapi kenalah tanya iman yang sihat..ye dak?