Monday, March 28, 2011

Amanah, beban atau tanggungjawab? sambungan...

Bolehkah aku menjadi pemimpin? Bolehkah aku berubah...Sebelum ini telah lama aku renung dan fikirkan. Mengapa sukarnya untuk buat perubahan. Tatkala datang amanah ini, baru kusedar mungkin hikmah di sebalik ini adalah amanah ini sebagai satu push factor untuk aku terus meningkatkan diri dengan lebih gigih.

InsyaAllah dalam diri ini pasti ada potensi yang luarbiasa yang belum meledak. Sesungguhnya pastilah aku anugerah terhebat dari Allah dalam gayaku yang tersendiri 

Teringat kepada bagaimana sikap Umar Abdul Aziz setelah menjabat jabatan sebagai khalifah ketika itu. Umar Abdul Aziz yang sebelumnya terkenal dengan  pakaian indah, wangian, mewah terus mengubah cara hidup beliau menjadi zuhud dengan drastik dan mengambil apa yang secukupnya sahaja.

Namun, tidak lupa untuk mengikhlaskan niat perubahan ini hanyalah untuk menggapai redha Ilahi bukan untuk diliha toleh manusia. Besar cabaran itu...Akan ku perbanyakkan doa meraih keikhlasan, kefahaman, ketajaman fikiran, kesungguhan dan kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Ingatlah amanah adalah suatu yang berat sehinggakan ketika ditawarkan kepada gunung-ganang untuk memikul amanah sebagai khalifah, hancur luluh gunung tersebut. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia.

Dan apabila dilantik menjadi pemimpin maka akan bertambahlah soalan peperiksaan di akhirat kelak yang harus dijawab.

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini lemah, pinjamkanlah kekuatanMu kepadaku. HambaMu ini hina, muliakanlah aku dengan kemuliaan agamaMu. Aku sering lalai dan alpa, ingatkanlah diriku akan kesalahanku. Jadikan aku hamba yang sering bertaubat kepadaMu. Bantulah aku untuk memikul amanah ini ya Allah... Amin

Tuesday, March 22, 2011

Amanah, beban atau tanggungjawab?

Sebuah lagi amanah kuterima. Tiada kata terungkap, tiada riak pada wajah, hatiku kosong. Tak mampu untuk aku huraikan perasaanku ketika ini.  Namun setelah itu hanya ungkapan 'ana sami'na wa atha'na' yang mampu ku ucapkan.

Aku tahu terpilihnya aku kerana tiada lagi aktivis lain yang memenuhi syarat teknikal seperti bujang dan mudah bergerak. Bukan dipilih berdasarakan watak yang sesuai dengan tugas tersebut.

Apakah ini adalah sebuah anugerah atau sebuah ujian buat diriku.Di kala diri ini cuba untuk memperbaiki banyak kelemahan diri, datang sebuah tugasan besar yang hanya harus dipikul oleh orang-orang yang hebat imannya, hebat fikirannya. Aku bagaimana?

Ya Allah, mudah-mudahan ini yang terbaik buat diriku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui hikmah dari setiap kejadian. Semoga lebih menguatkan diriku untuk mujahadah memperbaiki diri seiring dengan menjalankan tanggungjawab yang diberi. Amin....

Ya, hidup mesti optimis!

Thursday, March 3, 2011

Jangan Pernah Takut Untuk Bermimpi



Subahanallah! Hanya itu yang mampu aku ucapkan setelah melihat sebuah filem bertajuk 'Sang Pemimpi'. Filem ini di adaptasi daripada sebuah novel berjudul sama tulisan Andrea Hirata.

'Kalau tak punya mimpi dan harapan, orang-orang seperti kita ini akan mati...'  kata Arai sebuah watak dalam kisah ini kepada Ikal.

Cerita ini mengajak kita untuk bermimpi iaitu mempunyai cita-cita dan harapan yang besar dalam hidup. Tiada yang mustahil sekiranya dengan kerja keras dan gigih. 

Arai berusaha membuktikannya dalam salah sebuah episode kisah ini. Ianya sangat menarik! Rakan Arai iaitu Jebron terlalu obses dengan kuda. Dia juga selalu bermimpi dapat bertemu dengan seekor kuda yang ketika itu kuda merupakan haiwan yang jarang ditemui oleh orang-orang kebanyakan. Arai sanggup bekerja keras untuk menambah pendapatannya dan pada suatu hari dia membawa pulang seekor kuda untuk ditunggangi Jebron. Sungguh menakjubkan! Dia sanggup untuk berhempas pulas mencari wang dan dihabiskan begitu sahaja dengan mneyewa kuda tersebut seharian.  Demi membuktikan bahawa tak salah bermimpi dan tak mustahil untuk mencapainya.

Banyak lagi elemen dan pengajaran yang sangat menarik di dalam kisah ini. Setiap jalan ceritanya membawa pembaca hanyut dan membangkitkan motivasi untuk bercita-cita besar. Sungguh tak rugi membacanya. Penuh inspirasi walaupun diselitkan dengan jenaka yang ringan. 

Ya, pengajarannya teruslah bermimpi dan usahalah untuk mencapai mimpi tersebut. Sebuah kejayaan bermula dengan sebuah mimpi.

Tuesday, March 1, 2011

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah!!

 Sesungguhnya ytang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir (12:87). Peringatan buat diri sendiri...