Saturday, May 28, 2011

MTV World Stage 2011


Mari beramai-ramai membantah penganjuran MTV World Stage yang bakal dianjurkan di I-City Shah Alam pada 24 Julai 2011. Penganjuran konsert antarabangsa sedemikian mengundang kerisauan terhadap penularan budaya-budaya negatif terutama yang berkaitan hiburan melampau.
Tidak dinafikan, jiwa belia sememangnya tertarik ke arah konsep-konsep hiburan kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengekspresi diri. Namun, belia Islam hari ini jelas telah disogok terus menerus dengan hiburan secara melampau. Asakan-asakan hiburan seperti ini dikhuatiri akan membunuh banyak potensi dan nilai-nilai positif dan akhirnya negara kita gagal melahirkan pemimpin masa depan yang mampu memikul tugas memacu halatuju negara.

 
PEMBINA tidak melihat berhibur itu sebagai kesalahan, cuma adalah lebih baik sekiranya belia berhibur berlandaskan garis panduan syariat seperti tidak berlebih-lebihan, tidak memuja penyanyi, tidak meninggalkan waktu solat, tidak melangkaui batasan pergaulan dan tidak mengambil dadah dan minuman keras
Belia harus menyedari akan posisi mereka yang amat penting dalam perjalanan dan masa depan negara. Imej dan jatidiri sebagai warganegara sebuah negara Islam amat perlu dititikberatkan dan dipelihara. Semoga keprihatinan dan kesedaran para belia dapat membendung dan menghalau anasir-anasir negatif dari mencemarkan keharmonian dan maruah negara.

 MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage MTV World Stage

No comments:

Post a Comment