Sunday, May 15, 2011

Baru ku tersedar

Hati rasa keras. Beku. Berusaha melembutkannya dengan pelbagai cara namun bagiku ketika sendirian lebih mudah untuk merenung diri. Terutama sendirian dalam kereta di perjalanan memberi banyak ruang untuk berfikir dan menangis semahu-mahunya tanpa ada yang melihat.

Tangan memutar CD player nasyid di dalam kereta. Tanpa diduga lagu track pertama pada baris pertama terus menangkap dan menusuk ke dalam kalbu. Seolah-olah terkena betul atas batang hidung sendiri. Jom muhasabah....






Jalanku Pulang (UNIC)
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling
bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

3 comments:

  1. kalau dengar ceramah masa dalam kereta pon insaf jugak..=)

    ReplyDelete
  2. betul3. dalam kereta masa tengah drive, anggota lain tak boleh buat apa2 melainkan fokus pemanduan. yang paling efektif masa tu hanya mendengar dan berfikir. Penah gak menangis masa naik moto. nasib baik pakai helmet full cover...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. duduk di atas moto ...nampak awan yang terbentang indah menjadkan jiwa lebih tersentuh..huhu..(time muhasabah yang bagus juga)

    ReplyDelete