~Anugerah Terhebat!~

Islam itu hebat, dan tidak mampu memikulnya melainkan orang-orang yang hebat. Maka jadilah kamu orang yang hebat itu! -As-Syahid Muhannad Tahir-

Pages

  • Home
  • About Me
  • Book's Gallery
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Hasil tak setimpal usaha??



Seorang rakan saya mengeluh kerana proposal tesisnya ditolak. Rasa kecewa dan hampir berputus asa kerana proposal itu disiapkan sehingga lewat malam (pagi dah sebenarnya).

Wajar rasa kecewa dan stress, namun manusia jarang melihat sesuatu dari sudut yang positif. Kerana sering berfikiran negatif la menyebabkan cepat stress dan mengundang keletihan dan putus asa.

Jadi di sini, apakah nilai positif yang boleh diambil dari kejadian tersebut?

Manusia seringkali melihat hasil. Maka sekiranya usaha yang penuh diletakkan atas sesuatu kerja namun tidak mendatangkan hasil akan mengakibatkan tekanan. Yang sebenarnya, nilailah usaha tersebut merupakan latihan untuk kita jadi orang yang suka berusaha gigih, tidak jemu dan berusaha sebaiknya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ianya akan develop karakter dan nilai yang baik pada orang tersebut yang akan digunakannya dalam kehidupannya samada sebagai pelajar ataupun seorang yang berkerjaya mahupun suri rumah tangga.

Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan setiap pekerjaan sebaik mungkin. Namun ada juga dalam sebuah hadis yang mengatakan

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu, jasadmu, namun Allah melihat kepada amal-amal (usaha) kamu" (hadis)

Maka janganlah merasa kecewa dan sedih jika usaha yang dilakukan dirasakan tidak setimpal dengan hasilnya. Sesungguhnya ia amat bernilai disisi Allah dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya.

Buat sahabatku, insyaAllah setiap yang kamu lakukan pasti ada ganjarannya. Yang penting ikhlaslah kerana Allah
Posted by cik zida at 8:45 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI

Sunday, July 24, 2011

Hari Ini, Sebelum Kamu Mengeluh

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali


Hari ini Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu…
Pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Hari ini Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa…
Pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Hari ini Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk…
Pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk
didalam hidupnya.
Hari ini Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu…
Pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup…
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu…
Pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat
Hari ini Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu.
Pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya tidak bisa
Hari ini Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena
pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
Pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan dan tidak punya
rumah
Hari ini Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah berkendara..
Pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan
kaki
Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu. ..
Pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti anda…
Hari ini Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa,
Kita semua menjawab kepada Tuhan…
Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
Tersenyum dan mengucap syukurlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup
Life is a gift…
Live it…
Enjoy it…
Celebrate it…

Posted by cik zida at 9:40 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI

Sunday, May 15, 2011

Jom Pelihara Ikan 'Jerung'




Orang Jepun amat menggemari ikan segar. Dengan ikan segar, mereka dapat menikmati sushi dan sashimi yang enak. Namun, dalam keadaan populasi orang Jepun yang semakin meningkat, bekalan ikan segar daripada pesisiran pantai negara Jepun tidak lagi mampu menampung permintaannya yang tinggi. Oleh itu, untuk menggandakan hasil tangkapan, nelayan-nelayan Jepun terpaksa belayar jauh ke tengah lautan. Ertinya di sini, lebih jauh perjalanan, lebih banyak masa yang diambil untuk mereka pulang ke pelabuhan. Masalah yang timbul ialah ikan-ikan yang ditangkap tadi sudah tidak segar lagi. Masalah ini ialah masalah besar kepada orang Jepun sendiri kerana mereka tidak menyukai rasa ikan yang tidak segar.
Justeru, bagaimanakah syarikat perkapalan nelayan Jepun mengatasi masalah ini? Ya, seperti yang dilakukan di Malaysia, mereka juga membekalkan kotak ais di dalam kapal nelayan. Walaubagaimanapun, lidah orang Jepun masih dapat membezakan kesegaran ikan yang dibekukan dengan yang betul-betul segar dari laut.
Oleh sebab itu, mereka memikirkan cara lain untuk memastikan kesegaran ikan yang ditangkap. Kaedahnya, kapal-kapal nelayan dibekalkan pula dengan tangki ikan. Ikan-ikan yang baru ditangkap dilepaskan hidup-hidup di dalam tangki tersebut. Malangnya setelah beberapa ketika, ikan-ikan tersebut menjadi kurang aktif jika dibandingkan dengan ikan-ikan di laut kerana ruangan tangki yang sempit walaupun masih lagi boleh bernafas. Sekali lagi, orang Jepun masih boleh membezakan kesegaran ikan yang bebas di lautan dengan ikan yang terkurung di dalam tangki. Mereka lebih menyukai ikan yang aktif kerana bagi mereka, isi ikan tersebut lebih sedap.
Jadi anda rasa, bagaimanakah cara seterusnya yang mereka fikirkan? Jawapannya ialah mereka masih menggunakan tangki, tetapi sedikit penambahbaikan telah dilakukan. Mereka memasukkan ikan jerung kecil di dalam tangki yang telah diisi dengan ikan-ikan yang baru ditangkap.
Anda mesti terfikir, adakah ikan-ikan tersebut tidak dimakan oleh ikan jerung kecil?
Read more »
Posted by cik zida at 4:09 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI

Tuesday, April 12, 2011

Hebat Diriku, Hebatlah Dirimu! Siapakah Aku?



Aku adalah teman sejatimu.
Aku adalah penolongmu yang paling hebat, juga adalah bebanmu yang paling berat.
Aku akan mendorongmu maju atau menyeretmu kedalam kegagalan.
Aku sepenuhnya tunduk pada perintahmu
Sembilan per sepuluh hal yang kamu lakukan boleh kamu serahkan kepadaku dan aku akan dapat melakukannya dengan cepat dan tepat.
Aku mudah diatur, tunjukkanlah kepadaku bagaimana kamu inginkan sesuatu dikerjakan dan setelah beberapa kali aku akan melakukannya dengan sendiri
Aku adalah hamba semua orang hebat dan sayangnya juga hamba semua orang pecundang.
Aku bukan mesin, walaupun aku bekerja dengan mesin ditambah kepandaian manusia.
Kamu mampu menjalankan aku demi meraih keuntungan atau malah hancur, tiada bezanya bagiku.
Ambillah aku, latihlah aku, bersikaplah tegas kepadaku, maka aku akan menempatkan dunia dibawah kakimu.
Bersikap longgarlah terhadapku maka aku akan menghancurkanmu.

Siapakah aku?                               


Aku adalah “KEBIASAAN”.


Kebiasaan yang baik harus dipegang erat dengan komitmen yang tinggi. Steven Cophey pernah berkata 'At first we make HABITS at last HABITS make us'. Jangan jadikan kebiasaan buruk membentuk diri anda!
Posted by cik zida at 8:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI

Sunday, April 10, 2011

Berani Berimpian!



Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. Wink

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“  Cheesy
Posted by cik zida at 8:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI

Saturday, April 9, 2011

Belajar Dari Sang Helang



Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga h...ampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.


Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.

Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!

Sahabat, Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!

Subhanallah! Begitulah Allah menciptakan alam ini dan seluruh isinya agar kita memperoleh pelajaran.

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali-Imran: 191)
Posted by cik zida at 7:05 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MOTIVASI
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Dapatkan Sekarang!

Wanita Ibarat Epal

Wanita Ibarat Epal

About Me

My photo
cik zida
Aku merupakan anugerah Allah SWT yang terhebat. Biarpun tidak ada seorang pun yang mengakuinya, namun itu adalah hakikat... Semua manusia dilahirkan dengan potensi yang luar biasa. Tinggal untuk dicari dan diasah potensi tersebut. Dan aku...sedang mencarinya..
View my complete profile

Pekikkan Kata-Kata Yang Memberimu Inspirasi!

"Success. Seems to be connected with action.
Successful men keep moving.They make mistakes, but they don't quit."
(Conrad Hilton)


"Treat people how you want to be treated"

"Success consists in being successful, not in having potential for success. Any wide piece of ground is the potential for site of a palace, but there's no palace till it's built"
(Fernando Pessoa)


Mistake are painful when they are happen, but years later collection of mistakes is called experience which lead to success

Sebuah Perkongsian~

  • The 'D' Of 'I'
    Hakikat Penciptaan Manusia
    7 years ago
  • wake-up
    changes and grow
    8 years ago
  • kembara pengembara
    down teruk
    8 years ago
  • ~Untaian Kasih Ilahi.....
    SANG KOPI DAN BISKUT KERING..
    10 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    10 years ago
  • Farah Alina
    Ayah Amsyar Bongkar Rahsia Didik Anak Solat Dhuha Dari Kecil
    10 years ago
  • L!Fe iS oNLy a GaMe
    Roda 1: Be the wheels that turn the wheel
    11 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    11 years ago
  • ~mujahadah~
    Tips mujahadah: tahan. Ibadah. Doa
    11 years ago
  • JA'A NASRULLAH
    Jodoh rahsia Allah
    11 years ago
  • Setitis TIntA
    Kenangan: Solat 50 waktu?
    12 years ago
  • Titis-titis Tarbiah
    2014: Master Kickstart!
    12 years ago
  • Nur
    Kekasihku dan teman lelakiku.. :)
    13 years ago
  • Mencari makna kehidupan
    kembali tenang hanya bila kembali kepadaNya
    13 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    15 years ago
  • Al-Insyirah
    Blog Berpindah
    15 years ago
  • Suntikan Qur'an & Sunnah
    Kolej Kediaman Lot 77 lawan Kolej Kediaman Sebayor
    16 years ago
  • -AKU IKHWAH-
  • Optimism_Optic
  • "LoRoNG kEmATiaN...
  • Blog Gua Kaler Pink™
  • ...الى مرضات الله...

Koleksi Buku

  • RK77 Kumpuan Risalah Dakwah Jilid 1
  • RK70 Hambatan-Hambatan Dakwah (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
  • RK50 Syarah Lengkap Arbain Da'awiyah
  • RK75 Syarah Lengkap Arbain Tarbawiyah
  • RK46 Bagaimana Menyentuh Hati
  • RK127 Amalan 24 Jam Rasulullah (Zulkarnain Dollah)
  • Hafal Al-Quran Dalam Sebulan (Ir IImjad Qosim)
  • RK102 Dalam Dekapan Ukhuwah
  • RK101 Huraian Hadis2 Pilihan Riyadus Shalihin
  • RK100 Rukun Amal: Projek Islah Diri & Bimbing Masyarakat
  • RK119 Keajaiban Doa Pembuka Rezeki
  • RK104 Novel Matahari
  • RK106 Novel Sinergi
  • RK105 Novel Contengan Jalanan
  • RK103 Ar-Raqaiq (Pelembut Hati)
  • RK39 Monyet Di Abad Manusia
  • RK69 Fiqh Perbedaan Pendapat Antar Gerakan Islam
  • RK 65 Jangan Takut
  • RK117 Asas-Asas Islam 1
  • RK116 Asas-Asas Islam 2
  • RK113 How To Win Friends & Influence People
  • RK112 Nota Hati Seorang Lelaki
  • RK109 Aku dan Al-Ikhwanul Muslimin
  • RK108 Aqidah Islamiyah
  • RK34 Majalah Tarbawi: Drama Kehilangan & Kesedaran
  • RK110 Bakti Orang Tua Berbuah Syurga
  • RK126 Majalah Memperingati Imam As-syahid Hasan Al-Banna
  • RK125 Silsilah Hidayah: Tangga Menuju Kesempurnaan Iman
  • RK124 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat
  • RK123 The Magic of Thinking Big
  • RK122 Nasib Melayu Di Bumi Melayu
  • Rk121 Hafal Al-Quran Dalam Sebulan
  • RK120 Keluasan Islam 1
  • RK111 Rukun Faham: 20 Asas Memelihara Kefahaman Islam
  • Syarah Lengkap Arba'in Da'awiyah
  • Teladan Di Medan Dakwah
  • Quantum Tarbiyah (Solikhin Abu Izzudin)
  • Lubang Pada Tembok Akal
  • Profil Murobbi Ideal
  • Manhaj Dakwah Rasulullah
  • Runtuhnya Khilafah dan Upaya Menegakkannya
  • Jagalah Allah, Allah Menjagamu
  • RK114 Smart Heart (Rusdin S.Rauf)
  • Hambatan-hambatan Dakwah (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
  • Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisy)
  • Novel Versus (Hlovate)
  • Buku Pintar Akhlaq (Amr Khalid)
  • Koleksi Cerpen Matahari (Hilal Asyraf)
  • Novel Maryamah Karpov (Andrea Hirata)
  • Novel Matahari (Hilal Asyraf)

RECENT POST

get this widget here

KATEGORI

AZAM (1) BEDAH BUKU (1) BISNES (1) CATATAN HARIAN (7) Dakwah (1) EDUCATION (1) ENGLISH (3) IBADAH (1) INSPIRING (1) ISU SEMASA (2) KISAH BERMOTIVASI (2) LEADERSHIP (1) MOTIVASI (6) MUHASABAH (1) SANTAI (1) sirah (1) TAZKIRAH (2)

Sembang Motivasi


Shoutbox by Photographer

Blog Archive

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  September (1)
      • Jihad Wanita Palestin Kenyataan berani seoran...
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (2)
    • ►  December (2)

Followers

Sempena Ramadhan!

Popular Posts

  • Salim maula Abu Huzaifah - pakar Al-Quran
    Pada suatu hari, Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabatnya, “Belajarlah Al Qur'an daripada empat orang: Abdullah bin Mas'ud, S...
  • Belajar Dari Sang Helang
    Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai um...
  • Jom Pelihara Ikan 'Jerung'
    Orang Jepun amat menggemari ikan segar. Dengan ikan segar, mereka dapat menikmati sushi dan sashimi yang enak. Namun, dalam keadaan popul...
  • Rumah Seribu Cermin
    Di sebuah desa kecil, ada sebuah rumah yang dikenal dengan nama “Rumah Seribu Cermin”. Suatu hari seekor kucing kecil sedang berjalan-jal...
  • (no title)
    Jihad Wanita Palestin Kenyataan berani seorang wanita ahli parlimen Israel yang meminta. tentera Israel agar membunuh semua ibu-ibu pa...
  • Kehangatan Terindah...Kenikmatan Beribadah~
    Seorang pemuda belia terkutip dari Ibu 'Arabi dalam Futuhat Al-makkiyah, menemui gurunya dalam keadaan pucat lesi pada suatu pagi. ...
  • More about hijab
    Date:​25th August 2014   From:​Students and Graduates of Islamic Studies, AREES University, Malaysia Branch   TO:​The Star Newspaper Corpora...
  • Bersyukurlah, Allah Tambah Nikmat Bagimu
    Kulihat ke dalam diri, SEMPURNA tubuh badan, SIHAT akal fikiran, Cukup makan dan pakai... Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan. ...
  • Pendayung Sampan dan Profesor
    Pada suatu waktu dulu ada seorang professor yang hendak menyusuri sebatang sungai. Seorang pendayng sampan bersetuju untuk membawanya deng...
  • Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
        Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan s...

Total Pageviews

Powered by Blogger.