Islam itu hebat, dan tidak mampu memikulnya melainkan orang-orang yang hebat. Maka jadilah kamu orang yang hebat itu! -As-Syahid Muhannad Tahir-
Monday, October 10, 2011
Hasil tak setimpal usaha??
Seorang rakan saya mengeluh kerana proposal tesisnya ditolak. Rasa kecewa dan hampir berputus asa kerana proposal itu disiapkan sehingga lewat malam (pagi dah sebenarnya).
Wajar rasa kecewa dan stress, namun manusia jarang melihat sesuatu dari sudut yang positif. Kerana sering berfikiran negatif la menyebabkan cepat stress dan mengundang keletihan dan putus asa.
Jadi di sini, apakah nilai positif yang boleh diambil dari kejadian tersebut?
Manusia seringkali melihat hasil. Maka sekiranya usaha yang penuh diletakkan atas sesuatu kerja namun tidak mendatangkan hasil akan mengakibatkan tekanan. Yang sebenarnya, nilailah usaha tersebut merupakan latihan untuk kita jadi orang yang suka berusaha gigih, tidak jemu dan berusaha sebaiknya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ianya akan develop karakter dan nilai yang baik pada orang tersebut yang akan digunakannya dalam kehidupannya samada sebagai pelajar ataupun seorang yang berkerjaya mahupun suri rumah tangga.
Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan setiap pekerjaan sebaik mungkin. Namun ada juga dalam sebuah hadis yang mengatakan
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu, jasadmu, namun Allah melihat kepada amal-amal (usaha) kamu" (hadis)
Maka janganlah merasa kecewa dan sedih jika usaha yang dilakukan dirasakan tidak setimpal dengan hasilnya. Sesungguhnya ia amat bernilai disisi Allah dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya.
Buat sahabatku, insyaAllah setiap yang kamu lakukan pasti ada ganjarannya. Yang penting ikhlaslah kerana Allah
Labels:
MOTIVASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment