Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Persiapan itu penting! Siri 2

Harapnya semua dah faham daripada entry sebelum ni. Kesimpulan ringkas adalah:

KITA SANGAT PERLU MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK RAMADHAN. TANPA PERSIAPAN YANG BAIK, KITA TAK AKAN DAPAT MELALUINYA DENGAN PENUH BERMAKNA DAN JADILAH ORANG YANG MERUGI

Saya cuba buat seringkas mungkin entry kali in yang berkaitan ramadhan. Mungkin bagi sesetengah orang seperti saya tidak suka baca entry panjangpanjang berjela-jela...


Antara persiapan yang boleh dibuat adalah

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita mampu melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu


2. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan.


3. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. SET YOU TARGET RIGHT NOW! "Fail to plan, plan to fail!"

4. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.

5. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan.

6. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan.

7. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs.

8. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. BERTAUBAT DAN BERSIHKAN DIRI SEBELUM RAMADHAN MENJELANG!

p/s: Bagi sesiapa yang ingin berubah tapi terasa amat sukar dan sulit, ramadhanlah saat/momen yang terbaik utk melakukan perubahan. Nasihat saya, MULAILAH DARI SEKARANG!

Wednesday, May 25, 2011

Epal itu...



Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?