Pada suatu waktu dulu ada seorang professor yang hendak menyusuri sebatang sungai. Seorang
pendayng sampan bersetuju untuk membawanya dengan sedikit upah. Dalam perjalanan mereka
menyusuri sungai , professor untuk memutuskan untuk menunjukkan kebijaksanaannya. Jadi dia
pun mula menguji pendayung tersebut.
Dia mengambil sebji batu dari tepi sungai dan bertanya kepada pendayung tersebut dengan
angkuh, 'Pernahkah anda belajar mengenai ilmu geologi?" Pendayung sampan itu memandangnya
dan menjawab, "Tidak pernah". Dia tidak faham pun apa makna geologi itu.
Mendengarkan jawapannya, profesor itu berkata, "Sekiranya begitu,bererti 25% daripada hidup
anda sia-sia."
Pendayung sampan sedih mengenangkan kebodohannya tetapi dia terus mendayung. Semakin lama
mereka semakin jauh menyusuri sungai itu. Arus sungai bertambah deras. Profesor itu
megnutip sehelai daun yang hanyut di atas air dan bertanya lagi kepada pendayung sampan
itu, "Pernahkah anda belajar Biologi?" Pendayung sampan itu sekali lagi menjawab"Tidak".
Profesor itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata, "Hmm, sekiranya begitu, 50% lagi
hidup anda juga sia-sia." Arus sungai menjadi semakin kuat dan sampan mereka berayun-ayun.
Tiba-tiba Profesot itu terlihat banjaran gunung dan bertanya lagi. "Pernahkah anda
mempelajari geografi?". Pendayung itu berasa malu dan terhina. Dia menjawab, "Tidak".
Profesor itu berkata, "Ya, saya memang dah agak. Sekiranya begitu 75 peratus hidup anda
sia-sia!" Arus sungai bertambah kuat dan pendayung sampan itu tidak dapat lagi mengawal
sampannya. Tiba-tiba sampan itu terlanggar batu besar, pecah dan mulai karam. Pendayung
sampan itu bertanya kepada profesor, "Pernahkah anda belajar berenang?". Profesor itu
menjawab dengan nada ketakutan, "Tidak!" "Sekiranya begitu, saya rasa 100 peratus hidup
anda sia-sia," kata pendayung sampan itu. Dia terus melompat ke dalam sungai dan berenang
menyelamatkan dirinya.
Petikan dati buku "Master Your Mind Design Your Destiny" by Adam Khoo dan Stuart Tan
MORAL OF THE STORY
#1 Jangan pernah memandang rendah kepada orang lain dan menilainya dengan tahap
pendidikannya
#2 Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing yang telah dianugerahka Allah kepadanya
#3 pengetahuan dan kepandaiannya bukanlah penentu kejayaan dalam dunia hari ini.
No comments:
Post a Comment