Tuesday, March 4, 2014

Picisan vs penuh makna

Ini percubaan saya untuk kembali menulis. Tidaklah bermaksud sebelum ini saya penulis yang baik, namun usaha untuk teruskan kembali usaha menjadi penulis terbaik.

Saya sedari suatu hakikat yang sangat bertepatan dengan pepatah arab "kamu tidak akan dapat memberi apa yang tidak kamu ada". Memang benar, mungkin rasa kesulitan untuk menulis mungkin berpunca dari kekosongan. Samada kosong jiwa, atau kosong ilmu. Boleh sahaja untuk menceritakan perisitiwa yang dihadapi seharian namun andai tiada hikmah yang dikutip ibarat cerita pembuai lena saat hendak tidur. Atau ceritera lucu sekadar penghilang gundah sementara. Tiada kesan luar biasa. Tiada perubahan ketara darinya apatah lagi terpahat lama ingatan. Picisan

Ulama dan mujahid silam setiap bait kata mereka penuh makna. Masuk dlm jiwa dan bawa kepada pengislahan. Nukilan dalam tulisan mereka padat dan setiap patah amat bermakna dan sang pembacanya pasti sulit untuk meninggalkan hatta setiap perkataan mereka. Bukan seperti novel cinta tebal, setengah hari selesai dibaca tanpa sedikit makna kecuali khayalan2 yang tidak kekal lama.

Mesej yang hidup itu lahir dari hati yang juga hidup dgn iman, penuh dengan ilmu dan pengalaman berharga. Persoalan disini adakah perlu untuk berhenti menulis kerana alasan tidak cukup ilmu dsb. Tidak. Teruskan disamping perbaiki diri. Lihatlah peristiwa dengan pandangan hikmah. Mengapa Allah takdirkan sedemikian. Banyakkan membaca, meneliti, menganalisa. Bersihkan jiwa. Umat yg kuat itu bknlah lahir dari individu yang malas dan lalai.

Sebenarnya kata-kata diatas ditujukan kepada diri saya sebagai peringatan dan motivasi untul saya terus belajar berkarya dengan karya hidup melalui papan kekunci handphone mahupun komputer. Mohon doanya.

No comments:

Post a Comment