Monday, June 20, 2011

Kita Pasti Boleh!

Umat Islam yang kini dilihat seperti semakin lemah jika disuntik lagi dengan tohmahan, hinaan, ketidakyakinan penganutnya pada umatnya sendiri maka akan bertambah parahlah keadaan tersebut. Manusia itu terbentuk dari mindanya sendiri.. Apabila yang difikirnya banyak perkara negatif maka negatiflah jadi dirinya. Berbeza dengan orang yang sentiasa optimis dan positif, maka banyak hal-hal yang positif yang akan mendekat pada dirinya. Jadilah ia orang yang berjaya kerana berjaya menguasai akal dan emosinya.

Jom, saya nak share sebuah lagu positif yang pasti membangkitkan semangat umat Islam.


Menuju Wawasan

Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

No comments:

Post a Comment