Monday, November 12, 2012

Aku rindu...

Dah lama tak bersua muka bertatap wajah. Rindu... Sumber inspirasi, sumber ilmu, sumber hikmah.. mereka tidak pernah rugi jika aku tidak menjenguknya bah akulah yang rugi mengabaikannya..

Oh bukuku... 





p/s: kena tingkatkan bacaan nih! Tak boleh ada alasan kesibukan untuk meninggalkan bacaan. Please improve! All the best for me!

Saturday, May 19, 2012

Hakikat Ujian Itu...




Ujian itu

pada titik kelemahan
bukan untuk menjatuhkan
bahkan menambah kekuatan

Ujian itu 

tidak menimpa melainkan pada kemampuan
maka kita mampu lakukan perubahan
buat mengatasi kelemahan

maka bersyukurlah bila diberi ujian

dan hakikat sebenar setiap kehidupan
merupakan ujian tuhan

****

Bangi
19 Mei 2012, 1.11pm

Thursday, March 15, 2012

Bersyukur setiap saat

Sambil tertunduk syukur kepadaNya, aku termenung beberapa saat. Mataku mulai mengembun. Titis air mata mengalir, membasahi lekuk-lekuk wajahku. Esak tangisku tidak tertahankan lagi. Pagi ini, ruang kamarku nyaris meledak dengan tangisan. Muhasabah diri..


Kesan dari membaca sebuah petikan..

"Hati yang sihat mampu melihat erti kehidupan. Ia sentiasa optimis semasa menjalani kehidupan ini. kadangkala, kesusahan yang dialami dapat dapat bertukar menjadi kebahagiaan. ia selalu merasai keindahan dan tidak pernah mengeluh. Baginya bersyukur kepada Allah adalah ubat penghibur kepada ujian kehidupan. Ia tidak mudah berputus asa. Ia yakin dengan rahmat Allah yang sentiasa tercurah untuknya" - petikan thib al-qulub ibnul qayyim

Tuesday, January 10, 2012

Pengalaman pertama berniaga di tapak jualan..

Memang banyak pengalaman berharga...

Kat gerai tu juallah nasi ayam dengan pengalaman baru tiga kali membuat nasi ayam sendiri. dan kali yang ketiga adalah ketika nak jual tu la..fuhh..tawakal je la..sebabnya ajk karnival tu kata takde lagi orang jual nasi, mesti peserta2 nak cari nasi masa tengah hari.. berbekalkan semangat dan azam yang kejap turun kejap naik, cuba jugaklah...

Macam mana boleh silap bajet hari tu terbeli ayam sikit tak cukup untuk 50 orang. Dahla ayamnya macam tak fresh, kecik-kecik pulak tu. dah memang takde pilihan sebab hari tu ayam tinggal beberapa ekor je..terpaksalah rembat..ayam oh ayam...

Memang hari sabtu tu kelam kabut masa beli barang, malam  baru selesai membeli dan tgh mlm baru siap prepare bahan ..
Penat sangat dan dah tak larat. Tapi gagahkan jugak diri mengaji 1 muka surat sebelum tidur sebab sepanjang hari tak mengaji lagi. Bangun kul 5 pagi, masak sikit then rushing solat tahajud.  Lepas salam bagi dan baca doa sikit  terus je azan subuh..nasib baik sempat.

Yang kelakarnya masa hari kejadian saya juga turut dijemput jadi VIP semasa perasmian penutup dan sampaikan cenderahati kepada salah seorang penceramah. Ada satu lagi..kena jaga gerai syarikat yang penjadi penaja program hari tu...Mulanya bos macam malas nak buka tapi dah dapat gerai free jual je la.. Menjual la dengan pakaian baju korporat hari tu. Kejap kat luar kejap masuk dalam, kejap kat gerai sendiri kejap tengok gerai syarikat. Nasib baik la ada tiga orang rakan yang sudi membantu..nampaknya kena la belanja diorang lepas ni...

Ni la penyata kira-kira yang simple hasil dari jualan tersebut

modal barang RM161.59
kos sewa tapak RM70.00
jualan RM185.00

Jadi untungnya? kiralah sendiri ye... orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam ye tak?

Walaupun mengalami kerugian dari sudut kewangan namun sebenarnya banyak kelebihan yang diperoleh..pengalaman yang tak boleh dibeli dengan nilai wang ringgit..pengalaman bagi mereka yang hanya berani mencuba dan menanggung risiko..ye lah, dunia bisnes hanya sesuai untuk orang yang berani...hopefully this is my first step to develop the attiude. Memang betul apa orang kata, nak berniaga ni banyak tawakal dan berserah pada Allah. Bukan setiap masa untung.

Satu lagi saya nak share, masa kemas2 tuan ada oranglain pulak nak masuk barang untuk next event kesokan harinya..sayu melihat kegigihan mereka, ada seorang perempuan tu sambil angkat barang sambil dukung anak kecil...bukan senang berniaga ni  termasuklah online.,. siapa kata senang..apa jua jenis perniagaan perlukan kesungguhan. Yang senang tu adalah mencuba, dan yang susah tu adalah nak berjaya..setuju tak?

p/s: sebenarnya entry ni dah lama tulis tapi baru nak upload..