Tuesday, October 11, 2011

If a child...

 
If a child lives with criticism, he learns to condemn.
If a child lives with hostility, he learns to fight.
If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive.
If a child lives with shame, he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
If a child lives with encouragement he learns to be confident.
If a child lives with acceptance, he learns to love.
If a child lives with recognition, he learns it is good to have a goal.
If a child lives with honesty he learns what truth is.
If a child lives with fairness, he learns justice.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him.
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live to love and be loved

Monday, October 10, 2011

Hasil tak setimpal usaha??



Seorang rakan saya mengeluh kerana proposal tesisnya ditolak. Rasa kecewa dan hampir berputus asa kerana proposal itu disiapkan sehingga lewat malam (pagi dah sebenarnya).

Wajar rasa kecewa dan stress, namun manusia jarang melihat sesuatu dari sudut yang positif. Kerana sering berfikiran negatif la menyebabkan cepat stress dan mengundang keletihan dan putus asa.

Jadi di sini, apakah nilai positif yang boleh diambil dari kejadian tersebut?

Manusia seringkali melihat hasil. Maka sekiranya usaha yang penuh diletakkan atas sesuatu kerja namun tidak mendatangkan hasil akan mengakibatkan tekanan. Yang sebenarnya, nilailah usaha tersebut merupakan latihan untuk kita jadi orang yang suka berusaha gigih, tidak jemu dan berusaha sebaiknya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ianya akan develop karakter dan nilai yang baik pada orang tersebut yang akan digunakannya dalam kehidupannya samada sebagai pelajar ataupun seorang yang berkerjaya mahupun suri rumah tangga.

Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan setiap pekerjaan sebaik mungkin. Namun ada juga dalam sebuah hadis yang mengatakan

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu, jasadmu, namun Allah melihat kepada amal-amal (usaha) kamu" (hadis)

Maka janganlah merasa kecewa dan sedih jika usaha yang dilakukan dirasakan tidak setimpal dengan hasilnya. Sesungguhnya ia amat bernilai disisi Allah dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya.

Buat sahabatku, insyaAllah setiap yang kamu lakukan pasti ada ganjarannya. Yang penting ikhlaslah kerana Allah

Orang kata....

orang hebat kata kalau nak bahagia banyakkanlah membahagiakan orang lain

orang hebat kata kalau nak kaya banyakkanlah memberi

orang hebat kata kalau nak tenang jangan terlalu banyak mengharap

orang hebat kata kalau nak tenteram ikhlaskan diri dalam setiap amal

namun orang yang paling hebat adalah orang yang mampu melaksanakan semua itu dengan mengharapkan keredhaan Allah



p/s:spontaneous writing...semoga bermanfaat

Thursday, October 6, 2011

Ayuh sertai HIMPUN!!


logohimpun-white.jpg


Mengapa perlu HIMPUN?1. Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy, 
2. 
‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam, 
3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.
4.Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian.  Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.
5. Peristiwa 3 Ogos 2011 
membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak.  Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.
Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri
 

Apa Objektif HIMPUN?
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media
b. 
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
c. 
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. 
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. 
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
 
Apa Prinsip HIMPUN?
a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
 
b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Siapa Penganjur HIMPUN?
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website) 
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |  PEMUDA UMNO(website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?    Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di 
Stadium SHAH ALAM SELANGOR, 
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011, 
bermula jam 2ptg-6ptg   
 
Apa Kandungan HIMPUN?
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan  wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?
BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT
Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Telefon03-410 60175
Apa Website,Facebook HIMPUN?


AYUH BERHIMPUN!
AYUH BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM!
NYATAKAN SOKONGAN ANDA PADA KEDAULATAN ISLAM!