Monday, December 20, 2010

Bersyukurlah, Allah Tambah Nikmat Bagimu

Kulihat ke dalam diri,
SEMPURNA tubuh badan,
SIHAT akal fikiran,
Cukup makan dan pakai...
Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan.


Kulihat di sekelilingku,
Keluarga yang BAHAGIA,
Sahabat handai membuatku GEMBIRA,
Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan


Namun masih ku rasa kurang
Pada harta, wang dan takhta..


Sebenarnya bukan harta,
bukan wang,
bukan pula takhta


Sebenarnya...
Yang kurang itu,
Rasa selalu bersyukur,
Rasa CUKUP dengan yang ada
Rasa MULIA dengan agama,
Rasa BANGGA dengan ciptaan Allah swt..


Aku lihat, aku renung, aku fikir...
Apakah aku hamba yang kufur
Terlalu banyak nikmatmu yang Allah,
Namun  aku buta,
Buta mata hati dan fikiran...


Akulah anugerahNya..
Akulah ciptaanNya
Yang sentiasa diminta kembali padaNya




Allah SWT telah beriman "Barangsiapa yang bersyukur, maka Aku akan tambah nikmat baginya dan barangsiapa yang kufur sesungguhnya azabKu amatlah keras"


P/s: Sajak yang mungkin tidak indah pada pandangan yang lain, namun sebenarnya SANGAT INDAH bagi orang yang menghayati dan merasainya terutamanya buat diriku. Aku akan cuba untuk highlightkan setiap perkataan positif agar ia melekat di dalam minda bawah sedarku

Friday, December 17, 2010

Aku Adalah Anugerah Terhebat Dari Allah!









WOW! Hebatnya! Subhanallah! Itulah aku, anugerah Allah yang terhebat.

Di dedikasikan untuk diri sendiri, aku menulis blog ini. Tujuannya tak lain adalah sebagai penyuntik motivasi, pembangkit semangat untuk me jadi orang yang HEBAT!. Hebat dunia dan akhirat.

Apabila kita melihat orang lain mempunyai kelebihan yang tidak kita miliki, ingatlah juga bahawa dia juga  mungkin tidak memiliki kelebihann yang kita miliki. Apabila kita melihat dalam diri kita yang kita memiliki kekurangan berbanding orang lain, ingatlah bahawa mereka juga memiliki kelemahan. STOP! Hentikan membandingkan diri dengan yang lain untuk melemahkan diri. Sesungguhnya setiap manusia diciptakan oleh Allah istimewa dan unik. Tidak sama antara satu sama lain. Dan harus diingat juga bahwa setiap kelemahan mampu diperbaiki dengan KEAZAMAN dan TEKAD yang kuat serta KEYAKINAN kepada Allah swt.

Mengapa kita tidak melihat insan yang dilahirkan cacat namun mampu menjadi orang yang berjaya bahkan lebih berjaya dari insan yang sempurna. Sesungguhnya halangan yang terbesar adalah halangan yanmg datang dari dalam diri manusia itu sendiri!


Aku yakin aku boleh, aku mampu untuk jadi yang terhebat kerana memang untuk itu aku diciptakan. AKU HEBAT! Aku adalah ANUGERAH Allah terhebat. InsyaAllah!